TASTI Ummu Aiman terima kunjungan PAS Pekan

- Advertisement -

PEKAN: TASTI Ummu Aiman telah menerima kunjungan daripada Pengerusi Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga (LPWK) Muslimat PAS Negeri Pahang, Maziyah Mahussien di premis itu di Jalan Semarak Api, Taman Sepekan Jaya, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Kunjungan ringkas ini turut dihadiri pimpinan PAS Kawasan Pekan iaitu Yang DiPertua PAS, Ustaz Abu Kassim Manaf dan Naib Ketua Muslimat merangkap Pengerusi Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga Muslimat, Dr Harison Mohd Amin.

Hadir sama ialah Pengerusi Lajnah Penerangan, Ustazah Rahidaton Nordin dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Siti Hawa Mohamed serta Ahli Jawatankuasa Muslimat Cawangan Sepekan Jaya.

Dalam kunjungannya, Maziyah telah menyampaikan sumbangan cek bernilai RM1,500 dalam usaha LPWK membantu TASTI di Malaysia yang terkesan akibat penularan pandemik ketika ini.

Beliau turut berpesan agar semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam membangunkan TASTI bersungguh dalam melakukan kerja yang telah diamanahkan kerana TASTI Malaysia mengambil berat terhadap pembangunan dan perkembangan TASTI keseluruhannya.

Pusat asuhan kanak-kanak yang menggunapakai silibus PERMATA dengan penerapan Asma Ul Husna ini mempunyai lima kaki tangan dengan lapan kanak-kanak dan dianggarkan akan bertambah kepada 10 orang pada tahun 2021.

Dalam pada itu, menurut Pengurus TASTI Ummu Aiman, Siti Hajar Abu Bakar, pihaknya masih menerima kemasukan kanak-kanak dari usia dua hingga empat tahun.

“Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa,mereka sangat berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan,” ujar beliau.

TASTI yang beroperasi sejak Januari 2019 itu masih memerlukan dana pembangunan dan sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 106034049492 atas nama Junaina Baki. – HARAKAHDAILY 20/12/2020

- Advertisement -