Hampir 300 penduduk dipindah di Kelantan

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA KRAI: Di Kampung Manek Urai Lama dekat sini seramai 14 penduduk dipindahkan ekoran limpahan air Sungai Lebir sejak semalam.

- Advertisement -

Seramai tiga mangsa banjir dari sebuah keluarga dipindah ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah (PPS) Kebangsaan Manek Urai Lama.

Manakala 11 penduduk lagi dari tiga keluarga dipindahkan ke Madrasah Kampung Mesek, malam tadi.

Selain itu, ada penduduk yang belum berpindah memandangkan rumah mereka lebih tinggi. Di Kampung Laloh pula tiga keluarga turut berpindah semalam.

Cuaca di sekitar Kampung Manek Urai masih redup dengan hujan lebat sekali sekala. Ramai penduduk termasuk dari Kampung Manek Urai Baru datang meninjau keadaan banjir di Kampung Manek Urai Lama.

Keseluruhan mangsa banjir yang dilapor portal eBanjir di Kelantan setakat ini seramai 279 mangsa yang berpindah.

Paling ramai di Kuala Krai seramai 56 mangsa termasuk ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil seramai 19 mangsa dan Pejabat Veterinar melibatkan 10 penduduk.

Mangsa banjir di Pasir Mas pula seramai 10 mangsa, Tanah Merah (42 orang) dan di Gua Musang dua penduduk iaitu Kampung Limau Kasturi.

Bagaimanapun difahamkan hujan sekali sekala lebat masih lagi mencurah di beberapa tempat di Gua Musang pagi ini. – HARAKAHDAILY 20/12/2020

- Advertisement -