Muslimat PAS beri penghormatan terakhir Tun Rahah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menziarahi Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah di Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur sebagai satu penghormatan terakhir atas pemergian insan berjasa itu.

- Advertisement -

Ziarah tersebut dihadiri Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh,Timbalan Ketua DMPM Dr Rosni Adam, Naib Ketua DMPM, Salamiah Mohd Nor serta ramai lagi pimpinan-pimpinan negara.

Menurut Ketua Penerangan DMPM, Dr Najihatussalehah Ahmad, mereka sempat melaksanakan solat jenazah berjemaah di Masjid Negara.

Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah telah disolatkan kali pertama di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi selepas solat Zohor sebelum dibawa ke Masjid Negara.

Mengambil kesempatan itu, DMPM sekali lagi mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Rahah khususnya kepada mantan Perdana Menetri Malaysia keenam, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah kehilangan ibunda tercintanya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, doa Dr Najihatussalehah dalam satu kenyataan petang tadi.

Tun Rahah, 87, sebelum ini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Prince Court dan disahkan meninggal dunia 4.45 petang semalam.

Beliau adalah figura penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein serta anaknya Najib yang juga Perdana Menteri keenam. – HARAKAHDAILY 19/12/2020

- Advertisement -