Belanjawan 2021 lulus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan selepas bacaan kali yang ketiga dengan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Belanjawan 2021 lulus melalui undian belah bahagi iaitu 111 undian menyokong dengan 108 tidak menyokong, manakala satu undian berkecuali kerana tidak hadir.

- Advertisement -

Dua undi dilakukan di Galeri Awam iaitu Dato’ M Saravanan [BN-Tapah], dan P Prabakaran [PH-Batu] atas faktor kuarantin, manakala tidak hadir, Tengku Razaleigh Hamzah [BN-Gua Musang].

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Azhar Azizan Harun lebih kurang pada jam 4.15 petang hari ini.

RUU tersebut sebelum ini telah diluluskan di peringkat dasar pada 26 November menerusi undian suara majoriti dan melalui laluan sukar di peringkat jawatankuasa.

Bagaimanapun, hari ini 27 kementerian selesai dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi mengakhiri peringkat perbahasan.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan menggesa semua ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang untuk menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat.

Melalui kenyataan itu, PH mendakwa belanjawan bagi 2021 itu tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi Covid-19, membantu rakyat, dan menghidupkan semula ekonomi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah, Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke. – HARAKAHDAILY 15/12/2020

- Advertisement -