Penting pelaburan mewakili umat Islam berdaya maju

UMMAH sokong penuh keputusan kerajaan batalkan penjualan ladang Tabung Haji

- Advertisement -

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH), sangat mengalu-alukan kenyataan akhbar pada 8 Disember 2020 yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan (Hal Ehwal Agama), kerajaan telah menarik balik keputusan untuk menjual anak syarikat TH Plantations Bhd (THP) iaitu Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MWM) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd (Tamaco) berdasarkan situasi semasa dengan mengambil kira pelbagai faktor selain untuk diteliti dengan lebih lanjut.

Keputusan ini amat penting dan tepat bagi menjaga aset dan hartanah pelaburan THP yang bernilai tinggi sebagaimana penilaian Jabatan Penilaian Harta Kerajaan iatu RM224 juta, berbanding harga jualan RM170 juta dengan keluasan 6,513.2 Hektar.

- Advertisement -

Viability (berdaya maju) pelaburan ladang sawit ini boleh ditingkatkan dengan melantik pengurusan yang baik dan cekap bagi pengurusan ladang tersebut, di samping harga sawit yang semakin meningkat baik. Keputusan pengurusan tertinggi THP juga penting bagi memberi fokus kepada pengurusan sektor perladangan ini.

UMMAH juga menggesa Kerajaan Perikatan Nasional agar melantik pasukan Pengurusan Tertinggi Tabung Haji yang baru, kerana tindakan dan keputusan merekalah TH telah mengalami pelbagai masalah yang dihadapi oleh kerajaan dan pendeposit pada masa sekarang ini.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) – HARAKAHDAILY 9/12/2020

- Advertisement -