Pelantikan Sahar akan eratkan hubungan kaum

- Advertisement -

SANDAKAN: Pelantikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid sebagai Ahli Majlis Perbandaran Sandakan akan memastikan agenda memperkukuh perpaduan kaum dan integrasi nasional dapat diperkasakan di daerah ini.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sandakan, Ramlan Rahemen menyifatkan pelantikan tersebut membuka lembaran baharu kepada pihaknya bagi menjalin hubungan lebih erat dengan masyarakat pelbagai kaum dan etnik di negeri ini.

“PAS Sandakan merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah pimpinan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas kepercayaan untuk ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Menyoroti perkembangan PAS Sandakan yang sudah bertapak di daerah ini lebih 30 tahun, Ramlan turut menegaskan bahawa parti Islam tersebut sentiasa menyemarak pendidikan dan membela kebajikan rakyat merentasi kaum serta fahaman agama.

Dalam kesempatan itu, beliau turut mendoakan Sahar diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melaksanakan tanggungjawab ini demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara. – HARAKAHDAILY 9/12/2020

- Advertisement -