Pemuda PAS Subang lancar Tabung Gerobok Rezeki

- Advertisement -

SUBANG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang yang prihatin terhadap cabaran dihadapi kebanyakan orang kesan pandemik COVID-19 ketika ini telah melancarkan Tabung Gerobok Rezeki, kelmarin.

- Advertisement -

Inisiatif ini adalah satu usaha meringankan beban warga penduduk bandar khususnya kalangan yang terjejas pendapatan untuk diberikan bantuan daripada dana terkumpul sumbangan ahli-ahli PAS dan orang ramai.

Ketua Pemuda PAS Subang, Tajul Ariff Tajul Arus berkata, semua dana yang dikumpulkan pihaknya akan digunakan untuk membeli barangan kering seperti beras, makanan dalam tin, biskut dan seumpamanya.

Terang beliau, setelah itu barangan tersebut akan diagihkan ke masjid-masjid dalam DUN Subang Jaya dan DUN Kinrara yang menggerakkan operasi pemberian bantuan kepada warga penduduk memerlukan.

Menurutnya, inisiatif kebajikan ini adalah antara aktiviti rutin Pemuda PAS kepada masyarakat dan barangan tersebut telah diserah kepada wakil Masjid An-Nur USJ 4 iaitu Abd Razak Salim dan Ahmad Reduan Ahmad Rajuddin, semalam.

Para dermawan yang ingin merancakkan aktiviti ini boleh berbuat demikian menerusi agensi di bawah Pemuda PAS Subang iaitu Akademi Al Farouq menggunakan akaun CIMB 8603824012.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dan setiap transaksi mohon dimaklumkan kepada Fadzlan Abd Kadir di talian 017-957 4396. – HARAKAHDAILY 29/11/2020

- Advertisement -