Takziah atas tragedi pembunuhan saintis terkemuka Iran

SAYA merakamkan ucapan takziah kepada Iran dan rakyatnya atas tragedi pembunuhan Almarhum Mohsen Fakhrizadeh, ahli saintis terkemuka Iran melalui serangan senjata di Teheran.

Advertisement

Keamanan dan keselamatan rakyat Iran serta rantau Asia Barat perlu diutamakan. Sebarang tindakan yang mengganggu gugat keharmonian dan keselamatan wajar dikutuk serta pelakunya dibawa ke muka pengadilan untuk dihakimi dan dijatuhkan hukuman.

Semoga Negara Iran dan rakyatnya berada dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesejahteraan dan keamanan serta bersabar dalam menghadapi ujian ini.

ABDUL HADI AWANG
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 29/11/2020