AMAL dan Briged baiki, kemas rumah warga emas

- Advertisement -

LUMUT: PAS Kawasan Lumut menerusi Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Lumut dan Briged Muslimat PAS Lumut telah dua beradik warga emas yang uzur tinggal menetap di Batu 7, Lekir, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Timbalan Komandan AMAL Lumut, Muhammad Amirul Fahmi Ahmad Zamberi telah mengetuai anggota kedua-dua entiti ini membaiki dan mengemas rumah pusaka serba daif dan usang kedua warga emas ini.

Siti Aisyah Zalikon, 80 dan adiknya, Shaharuddin Zalikon, 75 tinggal di rumah itu yang telah mengalami banyak kerosakan struktur dan kebocoran bumbung di mana pihak PAS Lumut telah menziarahi mereka bulan lalu.

“Jadi inisiatif menggantikan bumbung dengan segera amat perlu tatkala musim hujan lebat dijangka turun secara kerap di Daerah Manjung sehingga Disember mengikut laporan kaji cuaca,” ujar Amirul.

Dalam tugasan tersebut, pihak Briged Muslimat pula membantu mengemas, menyusun dan menyisih peralatan serta perabot lusuh dan reput di dalam kediaman dihuni adik beradik warga emas itu.

Hadir sama adalah Bendahari PAS Lumut, Zulkifli Ahmad Yusuf dan Timbalan Ketua Briged Muslimat Lumut, Syazwani Mohd Rusli serta JPKK Sematang, Ridzuan Sudin. – HARAKAHDAILY 29/11/2020

- Advertisement -