Penduduk Lekir terkesan COVID-19 dibantu

LUMUT: Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 15 (Lekir), Habibah Rasdi telah mengunjungi beberapa kediaman menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan pandemik COVID-19 di Batu 8, Lekir, di sini pagi semalam.

Advertisement

Kebanyakan penduduk yang terkesan dengan munculnya Kluster Lekir baru-baru ini adalah dalam kalangan golongan miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK), Yusnizam Yunus dan Zulkapli Zainal Abidin telah membawa rombongan ke rumah penduduk yang terlibat.

Turut dikunjungi dalam ziarah ini sebuah rumah pusaka usang dihuni oleh dua beradik yang berusia berada dalam keadaan uzur serta tidak mampu bekerja.

Siti Aisyah Zalikon, 80 dan adiknya, Shaharuddin Zalikon, 75 hidup dalam serba daif itu hanya mengharapkan bantuan dan keprihatinan jiran setempat untuk mereka meneruskan kehidupan mereka.

Dikesempatan itu, rombongan telah menyampaikan sedikit barangan keperluan dapur serta penyerahan wang zakat daripada orang ramai.

Sumbangan disampaikan mengambilkira pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan yang ditetapkan.

Turut serta pada program ini Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Rosli Abd Rahman dari Zon 9 dan Hamidun Ahmad dari Zon 8. – HARAKAHDAILY 25/10/2020