PAS Semporna terus misi bantuan Covid-19


SEMPORNA: PAS Semporna komited meneruskan misi bantuan kepada keluarga yang terjejas bekalan makanan akibat penularan wabak Covid-19.

Seramai 70 penduduk diagih bantuan bekalan makanan termasuk di Kampung Tonggulangan, Kampung Bugaya dan kawasan Senallang, semalam.

Advertisement

Sumbangan bahan keperluan harian seperti beras, minyak, gula, tepung dan telur itu disampaikan Yang Dipertua PAS Semporna, Mohammad Said Abdul Muthalib.

Turut sama menyertai misi bantuan, Naib Ketua Pemuda PAS Semporna, Razis Asparin serta beberapa sukarelawan Dewan Pemuda PAS Semporna dan Dewan Muslimat PAS kawasan berkenaan.

Mohammad Said berkata, program itu dapat dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak terutamanya penyumbang dana yang berkongsi rezeki sebagai tanda kebersamaan untuk membantu rakyat yang terjejas.

“Semoga Allah mempermudahkan lagi usaha dakwah kita, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi ini.” tambahnya. –HARAKAHDAILY 28/11/2020