ADUN Jengka akan baiki atap usang keluarga susah

- Advertisement -

KUALA KRAU: Rumah bagi manusia bukan sekadar tempat untuk berteduh, tetapi adalah kediaman untuk kehidupan, namun hakikatnya masih terdapat keluarga dalam masyarakat tidak berupaya memenuhi keperluan asasi ini.

- Advertisement -

ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz bersama para Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jengka menyaksikan sendiri kehidupan keluarga yang sedemikian di FELDA Seroja, Jengka 18, di sini kelmarin.

Dalam kunjungan turun padang itu, Ustaz Shahril menyelami ujian hidup dilalui seorang ibu, Nurhidayah Awang Kecik, 41, yang cekal mengharung kepayahan menanggung keluarga dengan khudrat dirinya sendiri.

Beliau yang hanya bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan bulanan RM900 tinggal bersama lima anak di mana tiga darinya masih bersekolah, sedang suaminya Mohd Salhairri Mokhtar, 45, tidak bekerja kerana sakit.

Ketika ziarah, Ustaz Shahril melihat sendiri atap rumah dibina menumpang di belakang rumah mentuanya itu telah usang dan bocor, sekali gus atas keprihatinannya menjanjikan untuk kerja baik pulih untuk mengatasi keadaan tersebut.

In sya Allah kerja-kerja membaik pulih struktur bumbung dengan menukar atap rumah ini seawal bulan Disember nanti. Mari membantu saudara seagama dengan kita. Semoga beliau sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih baik in sya Allah,” ujarnya.

Para dermawan yang ingin membantu boleh memasukkan sumbangan ke akaun Bank Islam Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jengka 06037010011573. – HARAKAHDAILY 28/11/2020

- Advertisement -