PAS harap ahli Parlimen terus konsisten

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menyifatkan debat Belanjawan 2021 sejak 6 November lepas menemui kejayaan hari ini apabila diluluskan melalui undian suara.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata amat wajar belanjawan berkenaan disokong semua ahli Parlimen dan bukan hanya pihak kerajaan sahaja demi kepentingan rakyat.

Katanya, perkembangan yang berlaku di Parlimen petang ini menggambarkan semua ahli Parlimen berjiwa besar bagi memastikan Belanjawan 2021 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Biarpun ada usaha melambatkan belanjawan itu dilulus namun ia tidak menjadi kenyataan,” katanya di sini, hari ini.

Belanjawan 2021 yang menjadi debat umum sejak 6 November lepas melepasi pusingan pertama apabila dilulus dengan undian suara ahli Parlimen yang hadir.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap ahli Parlimen khususnya blok kerajaan konsisten hingga akhir. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -