Lulus Belanjawan 2021 bukti kematangan ahli Parlimen

Mohd Zai ketika menyerahkan memorandum menggesa ahli-ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021, semalam
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelulusan Belanjawan 2021 membuktikan kematangan Ahli-ahli Parlimen dalam mengenepikan perbezaan politik demi kepentingan rakyat walaupun terdapat segelintir yang membantah, kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa.

- Advertisement -

Menurut beliau, kesepakatan yang ditunjukkan ahli-ahli Parlimen merupakan satu contoh yang baik kepada rakyat walaupun seramai 13 Ahli Parlimen dari Amanah gagal menunjukkan tanda sokongan sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

“Kita kena bersatu untuk mengekang pandemik Covid-19 bagi tujuan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Dengan kelulusan bajet ini, politik negara akan lebih stabil, ekonomi negara akan semakin pulih, kesihatan dan keselamatan juga akan terjamin sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Belanjawan 2021,” ujarnya sekali gus menyatakan ianya mampu melegakan keresahan rakyat.

Dalam pada itu, UMMAH menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli Parlimen dalam sebulat suara menyokong bagi meluluskan Bajet 2021, ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sejuruh selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen. –HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -