Belanjawan 2021 lulus bukti suara rakyat didengari

SAYA mewakili Pemuda PAS dan Pemuda Perikatan Nasional mengucapkan tahniah kepada YB Senator Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia dan Kerajaan Malaysia di atas kejayaan meluluskan RUU Perbekalan 2021 pada hari ini.

Ini membuktikan kepimpinan di dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja mampu menyediakan Belanjawan 2021 yang mapan, bahkan juga mampu bertindak sebagai kerajaan yang bersedia mendengar suara rakyat dan berjaya mengurus permintaan yang pelbagai dalam kalangan rakyat khususnya oleh Ahli Parlimen yang terlibat di dalam sesi perbahasan.

Advertisement

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kami kepada semua Ahli Parlimen Malaysia (tidak kira latar belakang parti) yang menyokong RUU Perbekalan 2021 pada hari ini. Ini adalah bukti bahawa cadangan serta perbahasan YB-YB sekalian di dalam sesi perbahasan bukanlah retorika politik semata-mata bahkan jujur demi kesejahteraan rakyat dengan tindakan yang sangat rasional serta bertanggungjawab pada hari ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memberikan amaran kepada Ahli-ahli Parlimen yang menolak RUU Perbekalan 2021 yang telah dipinda dan diluluskan pada hari ini. Tindakan kalian pada hari ini membuktikan bahawa tindakan kalian hanyalah demi kepentingan politik kalian, bukan kerana rakyat.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menolak Ahli-ahli Parlimen yang berjuang demi kepentingan politik mereka semata-mata di dalam PRU15 akan datang. 

Tahniah Menteri Kewangan!
Tahniah Kerajaan!
Tahniah Ahli Parlimen Malaysia!
Tahniah rakyat Malaysia!

IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN,
Ketua Pemuda, 
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 26/11/2020