Jangan bimbang! Vaksin tidak ubah genetik

- Advertisement -

MRNA vaksin itu bukannya mengubah genetik manusia. Vaksin tak boleh ubah keturunan manusia. Ianya bukan modifikasi genetik. Ianya tidak boleh ubah bangsa, tak boleh ubah agama, bahkan ianya bukan untuk klon manusia jadi Yahudi. Jauh sekali vaksin bukan bertujuan menghapuskan populasi manusia!

Vaksin yang berbentuk mRNA ini adalah sejenis nucleotide untuk membawa rangsangan kepada sistem pertahanan badan agar mengenali virus COVID-19 yang sebenar jika seseorang individu itu dijangkiti kemudian hari.

- Advertisement -

Sebagaimana kita ketahui bersama, vaksin itu terkandung di dalamnya virus atau bakteria yang dilemahkan, yang dimatikan, komponen dari virus atau bakteria sama ada kulit luar, struktur dalam (DNA atau RNA). Bagaimana cara mendapat jenis-jenis itu adalah bergantung kepada keluasan ilmu imunologi di zaman kini. Ianya terlalu teknikal untuk dibincangkan. Asasnya semua jenis itu telah melepasi uji kaji bagi menghasilkan aruhan rangsangan sistem pertahanan badan.

Bagi vaksin yang berjenis mRNA, ianya salah satu kaedah yang sedang dalam kajian sekarang. Tidak ada kena mengena pun dengan unsur kejahatan yang dituduh oleh golongan penyokong konspirasi. Maklumat yang mereka sebarkan itu tidak berasas pun. Bahkan banyak yang tidak benar.

Kita sedih kerana masyarakat mudah percaya dengan teori karut itu sedangkan seluruh pakar dunia mencari-cari penyelesaian bagi menghapuskan COVID-19 atas muka bumi. Inilah perjuangan yang belum menang. 

Orang kita hanya mudah menuduh tetapi tiada pun usaha untuk membantu. Apa yang berlaku, manusia terus saling membenci dan meninggalkan adab serta disiplin ilmu. 

Post Script: DNA susu lembu yang kita minum tidak boleh menjadikan kita itu lembu!

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 26/11/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -