Cabaran menulis karangan Bahasa Arab

- Advertisement -

ANTARA subjek Bahasa Arab yang paling mencabar ialah mengajar karangan Bahasa Arab. Kenapa? Sebab ia menggabungkan ke semua ilmu-ilmu kaedah Bahasa Arab dari:

(1) Ilmu mufradat iaitu perkataan-perkataan Bahasa Arab yang diambil dari kamus-kamus.

(2) Sorof bagaimana membina perkataan untuk makna yang kita mahu.

(3) Nahu ilmu baris akhir perkataan yang menentukan makna ayat.

- Advertisement -

(4) Balaghah dan uslub @ gaya bahasa atau susun atur ayat Bahasa Arab yang memang berbeza dengan Bahasa Melayu.

Selain itu perlu menguasai uruf bahasa yang mana sesetengah ayat dan perkataan Bahasa Arab dulu tidak digunakan sekarang dan begitulah sebaliknya.

Kesilapan ramai pelajar insyak ialah mereka menghafal karangan sedangkan karangan Bahasa Arab adalah rujukan dari segi perkataan-perkataan dan uslub-uslub @ susun atur Bahasa Arab untuk mereka membuat ayat yang lain atau karangan lain. 

Oleh itu secara asasnya pelajar perlu mengetahui rukun ayat Bahasa Arab, yang ianya ada dua:

(1) Jumlah @ ayat Ismiah iaitu ayat bermula dengan isim, dan jumlah ismian mempunyai dua rukun iaitu mubtada’dan khabar.

(2) Jumlah fi’liah iaitu ayat bermula dengan fi’il dan ia juga ada dua rukun. Rukunnya ialah fi’il dengan fa’il atau fi’ildengan naib fa’il.

Penting diketahui oleh pelajar jika mereka hendak menceritakan berkenaan orang atau suatu benda maka digunakan jumlah ismiah. Jika hendak cerita berkenaan peristiwa atau kejadian gunakan jumlah ismiah.

Apabila guna jumlah ismiah mulakan dengan mubtada’ kemudian khabar dan kalau jumlah fi’liah gunakan fi’il dulu kemudian fa’il atau naib fa’il.

MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 23/11/2020

- Advertisement -