Astro penyambung lidah Israel?

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ingin menarik perhatian awam terhadap satu laporan berita yang dikeluarkan oleh portal berita Astro Awani mengenai Palestin seperti pautan berikut: [1] 

Kenyataan ini secara jelas menamakan pejuang pembebasan Palestin sebagai militan Palestin, selaras dengan nada dan perkataan yang digunakan oleh agensi berita Israel dan sekutunya. Dalam berita tersebut juga memuatkan kenyataan pihak tentera Israel yang mendakwa serangan itu dilancarkan oleh HAMAS.

DPPM ingin melahirkan rasa kesal terhadap etika pemberitaan Astro Awani yang tidak sensitif dengan isu sebenar dan ibarat menyambung lidah berita Israel. DPPM juga mendesak pihak Astro menarik semula berita yang dikeluarkan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

- Advertisement -

Sepatutnya, pihak Astro lebih berhati-hati dalam menyampaikan pemberitaan antarabangsa. Sebarang agenda propaganda jahat harus dielakkan daripada disebarkan, dan dalam masa yang sama perlu membawa naratif yang tepat selaras dengan pembawaan Kerajaan Malaysia sendiri.

Sehingga kini Israel terus menerus menindas rakyat Palestin selepas berpuluh tahun proses penjajahan yang tidak pernah berhenti. Bayangkan, pelbagai serangan dan kezaliman yang dibuat oleh Israel, namun ketika rakyat Palestin mempertahankan diri mereka, mereka pula digelar pengganas. 

DPPM percaya Israel dan sekutunya sentiasa menyebarkan propaganda keburukan gerakan pembebasan Palestin dengan pelbagai gelaran dan literasi media. Amat tidak cermatlah agensi berita tempatan sekiranya terikut dengan rentak jahat Zionis Israel.

“Memimpin Negara”

IR TS HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 23/11/2020

[1] https://www.astroawani.com/berita-dunia/palestinian-rocket-fire-draws-air-strikes-in-gaza-israeli-military-claims-269607?fbclid=IwAR1mSCT-4whmAeApkqW27w97u_wt6h8Tar0Hb3dQHa9_eEvep4Sz3-v48Tk

- Advertisement -