Exco puji kutip sampah di kawasan rekreasi

‘Plogging’ dan Dakwah di Gua Cenderawasih anjuran Pemuda PAS Perlis
- Advertisement -

KANGAR: Pemuda PAS Perlis menganjur progam ‘Plogging’ dan Dakwah bertempat di Gua Cenderawasih bagi mendidik masyarakat menjaga alam sekitar.

Ketuanya, Ustaz Muhammad Azmir Azizan berkata program itu merupakan sebahagian daripada aktiviti khidmat masyarakat bagi memberi kesedaran kepada pengunjung pusat rekreasi berkenaan.

- Advertisement -

“Sikap cakna masyarakat penting bagi memelihara keindahan dan kebersihan kawasan berkenaan,” katanya pada program tersebut semalam.

Sementara itu, Exco Belia dan Sukan Perlis Hamizan Hassan berkata, inisiatif yang diambil Pemuda PAS Perlis mengumpul sisa-sisa pepejal yang terdapat di sekitar kawasan rekreasi berkenaan perlu dicontohi pihak lain.

Katanya yang juga Adun Kayang, langkah tersebut dapat mencerikan kembali kawasan rekreasi Gua Cenderawasih, di samping mengajak orang ramai menjaga kebersihan alam sekitar. – HARAKAHDAILY 23/11/2020

- Advertisement -