Ideologi itu sentiasa berkembang

- Advertisement -

KITA perlu mengkaji pertumbuhan atau perkembangan ideologi manusia. Ada yang tersesat, dan ada yang selari dengan kebenaran. Di awal zaman kemunculan Falsafah Yunani, mereka membincangkan asal-usul alam.

Thales Of Miletus mengatakan alam itu terbentuk dari air. Anexemender berpendapat alam terbentuk dari unsur yang tidak terbatas. Anaximenes berpendapat alam terbentuk dari udara. Heraclitus berpendapat dari api. Demokritus pula berpendapat ia tercipta dari atom-atom.

Teori Demokritus ini dimasukkan dalam silibus pendidikan kita hari ini sehingga kita mengenal teori atom. Socrates yang hidup selepas zaman itu, mengikut pandangan Thales mengatakan alam terbentuk dari air.

- Advertisement -

Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ 

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”

 (al-Anbiya: 30)

Ideologi manusia berkembang lagi. Daripada teori-teori yang dikemukakan oleh Thales, Heraclitus dan Anexemender, lahirlah pemikiran Materialism yang meletakkan bahawa segala-galanya bermula dari material. 

Pada abad ke-19, ideologi ini berkembang lagi. Dikembangkan oleh ahli falsafah Barat, sehingga ke arah menafikan kewujudan roh, keTuhanan dan sebagainya. Terseleweng daripada perbincangan asal ahli Falsafah Yunani.

Setiap zaman berlakunya pertembungan antara kebenaran dan kesesatan (kekarutan). Antara punca kemunculan Falsafah juga disebabkan ‘pertarungan’ untuk menentukan sesuatu kebenaran.

Hal ini selaras dengan firmanNya:

وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu.””

 (al-Kahfi: 29)

Pada zaman awal Falsafah Yunani, berlakunya pertembungan kebenaran. Pembesar-pembesar Yunani mengikut amalan-amalan (dogma) generasi terdahulu mengatakan keimanan mereka terhadap pendewaan itu adalah satu kebenaran.

Thales of Miletus ketika itu mula melakarkan Rasionalism di dalam karya-karyanya. Seterusnya ia diteruskan oleh Socrates. Beliau bersikap bertentangan dengan mereka menolak unsur pendewaan dengan menggunakan hujah-hujah akal untuk menentukan kebenaran.

Dalam masa yang sama, beliau berhadapan dengan Protagoras, Georgias, Hippias dan lain-lain yang membawa fahaman yang meragukan. Beliau bukan dilihat membawa pendekatan tersendiri dengan meletakkan matlamat sebenar bukanlah mendapatkan kebenaran, akan tetapi keraguan.

Socrates mengasaskan Rasionalism yang berasaskan kepada hujah akal (mantiq). Manakala Protagoras mengasaskan fahaman Sophisme yang meletakkan keraguan akal itu sebagai matlamat tertinggi. Golongan pembesar pula mengekalkan Dogmatism dan Polytheism (pendewaan). 

Syeikh Sa’aduddin at Taftazani membahagikan Sophisme kepada tiga rangkaian, iaitu Relativisme, Skeptisisme, Agnostisme. Ketiga-tiga rangkaian ini boleh dikatakan terberanak dari Sophisme.

Di zaman kebangkitan Barat (Renaissance) pula berkembangnya fahaman Rasionalism, dan Sophisme. Kedua-dua fahaman ini digunakan untuk meruntuhkan pemerintahan bergereja. 

Sophisme digunakan untuk meragukan kepercayaan beragama (Kristian). Manakala Rasionalisme digunakan untuk menolak kepercayaan karut yang berakar umbi dalam kepercayaan Katholik.

Pada zaman suburnya falsafah Yunani, selain daripada perbincangan mengenai asal-usul alam yang membawa kepada wujudnya fahaman Materialism, wujudnya aliran pemikiran Plato. Plato banyak belajar daripada Socrates.

Plato membawa siri perbincangan yang lain dengan menjernihkan perbincangan mengenai asal-usul alam. Rata-rata menyuarakan mengenai alam yang berasal usul dari objek-objek fizikal seperti udara air dan sebagainya.

Namun, beliau menyuarakan mengenai pergantungan dunia yang bersifat fizikal itu dengan kewujudan akal dan roh. Pada era Renaissance, pemikir ketika itu antaranya George Barkeley mengistilahkan sebagai Idealism. 

Di era itu juga munculnya Epikurus yang cenderung untuk membahaskan seputar isu Materialism sehingga mengembangkan aliran pemikiran Epikuranism. Beliau lebih membahaskan mengenai kebahagiaan sehingga lahirnya Hedonism.

Era Renaissance melihat bahawa pemikiran di sana wujudnya pertembungan antara pemikiran Plato dan Epikurus. Plato dianggap sebagai seorang Idealism, manakala Epikurus dilihat sebagai seorang Materialism.

Lalu ahli falsafah era Renaissance mengimbangi kedua-duanya sehingga melahirkan fahaman yang dikenali sebagai Existentialism. Ideologi ini dilihat sebagai jalan keluar kepada dua pertembungan tadi yang diasaskan oleh Kiergaard dan lain-lain.

Jerman contohnya pernah hidup di era kegemilangan fahaman Hegel (Idealism). Bahkan Kristian ketika itu juga dikatakan diresapi oleh Sekularism, kesan daripada Idealism yang dibawa oleh Hegel. 

Hal ini menimbulkan kritikan Kiergaard daripada Denmark yang lebih menekankan kepada individualiti seorang manusia (Existentialism). Existentialism meletakkan keutamaan kepada keberadaan manusia itu sendiri di dunia. 

Pemikiran baru ini juga turut bertembung Rasionalism dan Positivisme. Existentialism mengheret kepada perbincangan terhadap kebebasan manusia. Manusia itu sendiri bertanggungjawab terhadap kehendaknya.

Selain Kieegard, tokoh Existentialism yang terkenal ialah Sartre. Beliau dilihat menggabungkan fahaman Kristian, Idealism Hegel dengan Existentialism atas nama keagungan manusia. Di sinilah menyamakan Existentialism sebagai Humanism.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 20/11/2020

- Advertisement -