Isytihar darurat relevan kekang wabak Covid

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Ahli akademik bimbang sekiranya tanpa pengisytiharaan darurat di Batu Sapi dikhuatiri negara akan lumpuh hanya kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia Dr Irza Hanie Abu Samah berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu perlu jadi satu iktibar.

- Advertisement -

Katanya, selepas berlangsung PRK tersebut, Sabah menjadi kawasan zon merah dengan bilangan kes yang begitu membimbangkan.

“Walaupun data menunjukkan bahawa kes kluster di Sabah bermula dari kes import iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), namun tidak mustahil kebarangkalian penularan wabak itu akan menjadi tinggi sekiranya berlaku lagi pilihan raya lagi di negeri itu,” katanya di sini.

Rabu lepas kerajaan mengisytiharkan darurat di Batu Sapi selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan PRK ditunda kepada tarikh lain.

Dr Irza Hanie juga berkata, pembatalan PRK Parlimen Batu Sapi berikutan pengisytiharaan darurat dianggap releven demi mengekang penularan wabak Covid-19. – HARAKAHDAILY 20/11/2020

- Advertisement -