Antara sijil halal, babi, ‘pork free’ dan arak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Akademik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam dua tulisan terbarunya menyinggung isu daging babi dalam makanan yang memiliki sijil halal dan juga mengenai penjualan arak.

Beliau membayangkan betapa tidak mustahil suatu hari nanti umat Islam di negara ini akan termakan sesuatu yang punyai kandungan babi sekiranya kerajaan tidak bertegas kepada pengendali makanan terbabit.

Menurutnya, setiap kali serbuan dibuat ke premis makanan ultra kiasu akan menemui pelbagai isu seperti kotor dan mencampurkan kandungan mempunyai babi atau tidak halal sedangkan logo halal telah diperolehi.

- Advertisement -

Sedangkan katanya, bagi mendapatkan sijil halal dan logo halal tidak mudah di mana perlu melalui berbagai proses melibatkan premis, kebersihan dan kesucian yang perlu difahami dan dipatuhi mengikut ajaran Islam.

“Maknanya ultra kiasu tahu apa itu halal, bersih dan suci. Namun, sengaja mereka mencampurkan babi, bagi tujuan merosakkan kita semua. Harga babi sekilo bukannya murah, tergamak mereka, mencampurkan babi. Kalau bukan busuk hati, busuk perut, apa lagi istilah yang boleh diberikan.

Ultra kiasu ini amat licik, bagi melariskan makanan, mereka akan gunakan pekerja-pekerja Melayu (juga Indonesia), terutama yang bertudung di barisan hadapan. Maka, berpusu-pusulah kita membelinya, macam sudah tidak ada makanan lain yang sedap di dunia ini. Walhal, ia hanya sekadar makan. Bukan, soal hidup atau mati.

“Peliknya, tanpa logo halal pun, orang Melayu Islam pergi juga makan. Jangan pergi jauh pergi sahaja ke Ampang Points, berapa banyak kedai makanan Taiwan dan Korea, tanpa sijil halal.

“Berpusu-pusu orang Melayu pergi makan berbanding orang bukan Melayu. Nak buat macam mana dengan Melayu Islam ini. Mereka tahu, kedai makanan itu, was-was, mereka pergi dan masuk juga. Sedap konon,” ujarnya menyingkap fenomena itu.

Menyentuh mengenai logo halal adalah bertulisan Jawi, beliau mempersoalkan sikap mereka yang begitu tegar menentang tulisan Jawi kerana bab ekonomi dan duit, ultra kiasu sanggup melakukannya asalkan boleh kaya.

Babi banyak diternak di Malaysia

Pensyarah Kanan di Institusi Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini turut menyentuh luasnya akibat dari isu babi termasuk menyebabkan pencemaran.

Malah kemuka beliau, pemakan babi tempatan tidak ramai, tetapi negara ini menjadi pengeksport babi di mana banyak diternak di kawasan penduduk majoriti Melayu seperti Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu beliau mendesak supaya kerajaan bertegas kehadap pihak yang mengkhianati sijil halal dengan mengenakan tindakan undang-undang yang lebih berat, serta memantau penternakan dan industri berkaitan babi.

“Majoriti penduduk negara ini adalah orang Islam, tetapi penternakan lembu dan kambing tidak pula sehebat babi. Lagipun tidak semua orang Cina makan babi. Jadi, apa guna babi diternak sebegitu banyak dalam skala besar, jika bukan kerana mahukan keuntungan berlipat ganda.

“Insiden ini mengingatkan kita, bahawa umat Islam mesti menguasai kegiatan ekonomi, terutama industri makanan. Selagi ekonomi tidak dikuasai oleh orang Islam, tidak mustahil hari hari kita akan makan makanan tidak halal.

“Justeru, insentif mesti digalakkan bagi memperbanyakkan orang Islam terlibat dalam industri makanan. Kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) mesti dilipatkan gandakan. Bukan bertujuan untuk menganiaya orang lain.

“Tetapi mengajar kebusukan hati ultra kiasu yang berperangai babi yang sengaja memasukkan babi dalam makanan, dengan memperalatkan sijil halal,” kemuka beliau turut menuntut penguatkuasaan secara harian dilakukan.

Beliau mahu pihak penguat kuasa berkaitan bekerja dengan mencontohi seperti Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang begitu berintegriti dan menggerak operasi dalam ruang lingkup tanggungjawab kepolisan, bagi memastikan negeri di bawah seliaannya terjaga.

Istilah ‘pork free’

Dr Ridhuan Tee juga mengingatkan umat Islam berwaspada dan tidak keliru dengan istilah ‘pork free’ di mana premis demikian biasanya dimiliki oleh mereka yang enggan memohon sijil halal JAKIM.

“Namun, ultra kiasu ini sedar, sebahagian besar pelanggannya adalah orang Melayu. Maka, logo ‘pork free’ atau ‘no pork’ ditampal. Kita pun terpengaruh. Asalnya sedap, masuk tanpa was-was.

“Walhal, keadaan sebenarnya tidak halal. Jika yang ada sijil halal pun, berani buat tidak halal. Apatah lagi kedai makan ‘pork free’. Kita begitu teruja apabila nampak pekerja wanita bertudung di kedai makan ‘pork free’.

“Bersih dan suci bukan sekadar tidak ada babi. Tetapi termasuk juga perangai seperti babi, seperti adanya cooking wine, ayam yang di guna diragui sembelihan dan sebagainya,” jelas beliau.

Larangan jualan arak

Dalam satu lagi tulisannya, Dr Ridhuan menghadap tindakan pihak-pihak yang membantah peraturan penjualan arak beralkohol tinggi (liquor) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Ibu Negara.

Beliau menafikan peraturan tersebut melanggar hak orang bukan-Islam mengamalkan budaya mereka, bahkan mempertikaikan perbuatan mengambil minuman tersebut sehingga memberi kesan buruk kepada orang lain.

“Kamu nak mandi arak pun tak kisah jika kamu tidak menimbulkan masalah kepada orang lain seperti pemandu mabuk melanggar orang lain, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Masalahnya kamu minum, yang matinya orang Islam.

“Inilah akibat memilih ultra kiasu jadi wakil rakyat. Agama dan kepercayaan sendiri akan dilanggar kerana duit, kerana nak kaya. Wakil rakyat ultra kiasu sebegini tak boleh dipercayai,” bidas beliau.

Menurutnya, majoriti negara dunia menghadkan jualan arak akibat mudarat yang ditimbulkan dan beliau menyangkal dakwaan ultra kiasu kononnya peraturan baharu itu bersifat ‘antiperniagaan’ dan mengorbankan peniaga tidak bersalah. – HARAKAHDAILY 20/11/2020

- Advertisement -