Pelantikan Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa

- Advertisement -

JEMAAH Menteri pada 13 November 2020 telah bersetuju melantik YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi bin Halim Omar sebagai Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Asian International Arbitration Centre – AIAC) bagi sesi 2020 hingga 2022 yang berkuatkuasa pada 01 Disember 2020. 

Pelantikan YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi sebagai Pengarah AIAC ini juga adalah hasil konsultasi pihak Kerajaan dengan Asian-African Legal Consultative Organization (AALCO), selaras dengan AIAC sebagai institusi Antarabangsa yang bebas dan bernaung di bawah AALCO. 

- Advertisement -

YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi, 69, merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan pernah juga berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, berkelulusan LLB (Hons) dari Universiti Warwick, United Kingdom dan Barrister-at-Law dari Lincoln’s Inn, London. 

Dengan pelantikan ini saya mengharapkan YBhg. Tan Sri Datuk Suriyadi dapat meneruskan kecemerlangan beliau dalam menerajui AIAC untuk terus menjadi sebuah pusat timbang tara yang unggul di rantau Asia.

DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang) – HARAKAHDAILY 17/11/2020

- Advertisement -