Ziarah Kasih curah perhatian kepada warga penduduk

- Advertisement -

PETRA JAYA: Keterbatasan pergerakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya turun menyantuni masyarakat di di Kuching, di sini.

- Advertisement -

Menerusi program Ziarah Kasih, keluarga penduduk terpilih telah dibantu dengan pemberian sumbangan sekampit beras di mana telah diadakan di Kampung Samariang Batu dan Kampung Siol Kandis, di sini semalam.

Kunjungan dan sumbangan ini merupakan susulan program Sekampit Beras Buat Saudaraku di mana penerima akan diberikan beras secara tetap setiap bulan dalam usaha meringankan beban kehidupan mereka.

Melalui program ini, beras tersebut dikumpulkan melalui sumbangan kewangan atau sumbangan beras secara tetap setiap bulan dari orang perseorangan untuk disampaikan secara tetap kepada 50 keluarga terpilih setiap bulan.

Program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak ini turut mendapat kerjasama dari Yang DiPertua PAS Kawasan Petra Jaya, Morshidi Hassan yang turut turun membantu menyampaikan sumbangan.

Sepanjang ziarah tersebut, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Sarawak, Habsah Bujang menitipkan ingatan kepada para penerima sumbangan supaya banyakkan zikir dan saat diuji supaya hati sentiasa tenang walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan. – HARAKAHDAILY 17/11/2020

- Advertisement -