ESSCom sahkan rompakan libat kelompok dalaman

- Advertisement -

KUNAK: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesahkan kejadian rompakan di sebuah bagang bergerak (tempat menangkap ikan) berhampiran Pulau Burung di sini kelmarin, membabitkan tiga mangsa termasuk pengusaha bagang tersebut.

Komander ESSCom, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata dalam kejadian 3 pagi itu, sebuah bot dinaiki tiga suspek lelaki bertopeng dan berpakaian gelap dengan loghat asing menghampiri bagang berkenaan dengan tujuan merompak.

“Ketika kejadian dua mangsa berada di bahagian bawah bagang, manakala seorang lagi berada di atas bagang itu.

- Advertisement -

“Suspek merompak sebuah enjin 15hp, dua tong ais, dua telefon bimbit termasuk satu jerrycan berisi 25 liter minyak petrol,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Fuad, pihaknya percaya kejadian itu tidak membabitkan elemen luar tetapi merupakan suspek dari ‘kelompok dalaman’.

Katanya lagi, ESSCom ketika ini berusaha mengesan kesemua suspek yang dipercayai masih berada dalam perairan negara. – BERNAMA

- Advertisement -