100 Bakul Makanan Bantu Penduduk Bukit Bintang

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh mewakili serahan sumbangan kepada penduduk Taman Salak Jaya dan PPR Slak Selatan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Sub Zon 6 dengan kerjasama Pertubuhan Kasih Al-Ma’wa Kuala Lumpur, Muslim Care Malaysia Society dan Iltizam by Ekuinas menyampaikan bantuan berbentuk 100 bakul makanan kepada penduduk Taman Salak Jaya dan PPR Salak Selatan yang terjejas akibat COVID-19 baru-baru ini.

Terdahulu, penganjur telah melancarkan ‘Tabung We Care COVID-19’ bertujuan mengumpul dana untuk menyediakan bakul-bakul makanan berkenaan dan sumbangan yang diberikan adalah hasil sumbangan yang dikumpulkan oleh projek tersebut.

Sumbangan diberikan di Dewan Rukun Tetangga Taman Salak Jaya secara individu kepada penerima yang tersenarai dengan mengikut SOP pencegahan COVID-19 sepanjang sesi penyerahan berkenaan.

- Advertisement -

Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Pengerusi MPPWP Sub Zon 6 Bukit Bintang, Kamarul Arifin Mohd Sharif, Penasihat Pertubuhan Kasih Al-Ma’wa, Mohd Azemi Azman Johari, dan Wakil dari Muslim Care Society Malaysia, Zuriati Yaakob.

Aktiviti sumbangan ini dijangka akan terus diadakan bagi membantu penduduk setempat yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sumbangan juga masih amat dialukan-alukan daripada orang ramai dan boleh disalurkan kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Sub Zon 6 Bukit Bintang bagi memastikan kelangsungan pemberian sumbangan ini pada masa hadapan. – HARAKAHDAILY 15/11/20

- Advertisement -