Suri rumah manfaat aktiviti pertanian bandar

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Suri rumah yang tinggal di kawasan bandar juga boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti pertanian bandar.

Adun Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Nor berkata, biarpun tidak mempunyai tanah pertanian yang namun boleh diusahakan di laman rumah masing-masing.

- Advertisement -

“Pertanian bandar boleh membantu dalam penghasilan sayur-sayuran secara lebih mudah dengan usaha sendiri.

“Di samping itu boleh mendatangkan hasil pendapatan sampingan bagi membantu suami,” katanya selepas menerima kunjungan ahli jawatankuasa Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Kuala Terengganu di rumahnya di Kampung Sungai Rengas semalam.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu berkata, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) menyediakan kursus kraftangan sulaman tampal daripada perca kain yang boleh dimanfaatkan surirumah. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

- Advertisement -