PAS Pagoh santuni masyarakat India

PAGOH: PAS Kawasan Pagoh bersama Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) turun menyantuni masyarakat kaum India bagi menyampaikan sedikit bantuan barang keperluan.

Kesempitan daripada tempias Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini amat menduga mereka apatah lagi dalam suasana menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Sejumlah 28 keluarga menerima bantuan kali ini merangkumi penduduk sekitar Panchor, Pagoh Jaya, dan Sri Pagoh.

Advertisement

“Kita menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan ini sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman para penerima yang memerlukan,” kata Timbalan Yang Dipertua PAS Pagoh, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz.

Sumbangan disampaikan terus ke rumah penerima oleh Yang Dipertua PAS Pagoh, Ustaz Abdul Samad Surip.

Turut sama ialah Naib Ketua DHPP Johor, Puru, Ketua Pemuda PAS Pagoh, Ketua Muslimat PAS Pagoh, AJK PAS Pagoh dan DHPP Pagoh. – HARAKAHDAILY 12/11/2020