PAS gesa batal ‘Anugerah Bintang Popular’

- Advertisement -

ALOR SETAR: PAS Kedah menggesa program ‘Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH)’ yang bakal disiarkan secara langsung sebuah rangkaian televisyen pada malam 13 November ini dibatalkan.

Pesuruhjaya PAS negeri Senator Ahmad Yahaya berkata, pihak terbabit perlu peka keadaan rakyat yang masih berduka akibat kesempitan ekonomi dan ancaman wabak Covid19 yang meningkat saban hari.

- Advertisement -

Katanya, kesulitan akibat ujian wabak yang diturunkan oleh Allah SWT hampir setahun tempohnya.

“Sepatutnya apa yang berlaku sekarang dijadikan iktibar agar manusia patuh kepada perintah amal makruf dan nahi munkar,” ujar beliau di sini.

Program hiburan itu difahamkan ditaja syarikat akhbar terkemuka di Malaysia yang diadakan setiap tahun. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

- Advertisement -