Deepavali: Biarpun sederhana, tetap eratkan hubungan

- Advertisement -

PARIT: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tentunya menjadikan Hari Deepavali disambut terhad dan sederhana serta terbatas, namun keraian sederhana masih boleh diteruskan termasuk menerusi pelbagai medium.

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Kawasan Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib menyuntik perasaan penduduk dalam kalangan kaum India beragama Hindu yang bakal menyambut perayaan itu ketika menemui mereka di Kampung Sadang Camp, di sini semalam.

“Masyarakat Muslim juga berdepan situasi yang sama ketika menyambut dua hari raya sebelum ini. Walaupun jarak memisahkan antara kita, namun pertautan hati kekal erat dan sambutan ini tetap akan menambah erat perhubungan sesama saudara.

“Sumbangan ini adalah tanda ingatan daripada PAS Parit, dan diharapkan seluruh anggota masyarakat, baik Melayu, India, Cina dan lain-lainnya kekal tenang menghadapi tempoh yang sukar ini.

“Diharap kita terus mematuhi arahan daripada pihak berkuasa supaya krisis ini dapat kita tangani bersama,” ujar beliau.

Pimpinan PAS Parit yang turut serta dalam kunjungan dan agihan tersebut adalah Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar dan Ketua Urusan Ulama, Ustaz Muhammad Salim Mat Taib yang juga Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Juga Pengerusi Lajnah Kebajikan, Shamsul Kamal Jamhari dan Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung (JSPK) Blanja, Omar Shariff Husain serta Ahli Majlis MDPT, Mahendran Mutitu. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

- Advertisement -