Mahasiswa saran wujud semula BB1M

- Advertisement -

KANGAR: Ketika banyak pihak teruja dengan Belanjawan 2021 sebaliknya golongan mahasiswa pula menganggap bantuan ‘one-off’ seperti sebelum ini tidak disenaraikan kali ini.

Mahasiswa UniMAP, Nik Nor Amirah, 20 berkata walaupun pelbagai inisiatif disediakan kerajaan bagi membantu mahasiswa namun Belanjawan 2021 tidak memperuntukkan bantuan kewangan secara khusus.

- Advertisement -

“Pada Belanjawan 2017 mahasiswa diberi Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250.

“Begitu juga pada 2018 walaupun nama ditukar kepada Kad Siswa Diskaun 1 Malaysia (KADS1M). Pemberian wang tunai memberi manfaat kepada kami untuk diguna khusus membeli buku rujukan,” katanya di sini.

Oleh itu beliau mencadangkan bantuan BB1M atau KAD1SM dilaksanakan semula kerajaan bagi membantu mahasiswa membeli buku rujukan.

Hanis Ahmad, 20 juga dari UniMAP pula berharap pengagihan peruntukan sebanyak RM14.4 bilion perlu diteliti semula secara adil supaya memberi kesan yang menyeluruh kepada semua mahasiswa. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

- Advertisement -