MSV ‘Fendouzhe’ lepasi 10,909 meter bawah laut

- Advertisement -

BEIJING, China: Kapal selam kendalian manusia (MSV) ‘Fendouzhe’ buatan China berjaya mencatat rekod mampu menyelam sehingga 10,909 meter bawah laut Parit Mariana pada pukul 8:12 pagi tadi.

- Advertisement -

‘Fendouzhe’ (Pejuang) bukan sekadar mewarisi kelebihan alat penyelam dua generasi terdahulu, malah turut dilengkapi sistem tenaga yang lebih selamat dan stabil selain sistem kawalan dan pengesan lokasi tercanggih.

Selain MSV, China juga memiliki beberapa lagi kapal selam tanpa kendalian manusia (UUV), seperti ‘Haidou’,  ‘Haiyan’ dan ‘Haiyi’.

“Haidou”  berfungsi dalam model kawalan jarak jauh dan operasi secara automatik, merupakan kenderaan pertama di China yang mampu menyelam sehingga 10,000 meter bawah laut.

Untuk rekod, pada 1986, China menyelidik dan membangunkan MSV pertama, iaitu Bot Penyelamat 7103 yang dapat menyelam sehingga 300 meter.

Pada Julai 2010, China menjayakan MSV ‘Jiaolong’ yang dapat tenggelam sedalam 3,759 meter, dan menjadi negara kelima di dunia menguasai teknologi MSV sedalam 3,500 meter selain Amerika Syarikat, Peranvis, Rusia dan Jepun.

Pada Jun 2016, MSV ‘Jiaolong’ menyelesaikan cabarannya sedalam 7,062 meter. – BERNAMA

- Advertisement -