Kelantan catat kluster baharu, rakyat diseru waspada

KELANTAN mencatatkan 9 kes baharu Covid-19 hari ini dengan kewujudan satu kluster baharu.

Saya menyeru agar kita semua terus berwaspada dan sentiasa patuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib lebih-lebih lagi negeri Kelantan akan bercuti bermula esok sehingga Ahad. Elakkan berkunjung ditempat yang sesak, sentiasa jaga penjarakkan fizikal.

Advertisement

Sentiasalah kita berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar diberi keselamatan daripada wabak ini. Insya Allah.

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” [Hadith Riwayat Abu Daud]

DATO’ BENTARA KANAN AHMAD YAKOB 
Menteri Besar Kelantan – HARAKAHDAILY 10/11/2020