Tumpat lokasi pelabuhan kedua di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merancang menjadikan Tumpat sebagai pelabuhan kedua selepas Tok Bali di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Dato’ Hanifa Ahmad berkata, pelabuhan itu berorientasi kerja-kerja membaiki kapal.

- Advertisement -

Katanya sebuah syarikat swasta mengadakan kerjasama dengan Majlis Daerah Tumpat (MDT) bagi membangunkan pelabuhan itu kawasan seluas 30 ekar.

“Namun kerajaan negeri sebelum ini setuju mewujudkan pelabuhan di Tok Bali yang bermula dengan Tok Bali Suplly Base seperti yang ada sekarang.

“Tok Bali juga terkenal pelabuhan perikanan. Bagaimanapun pelabuhan di Tumpat juga dalam perancangan,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kelantan 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya juga syarikat terbabit juga telah membayar pendahuluan kepada MDT di mana kerja-kerja pembinaan dijangka bermula tahun depan. – HARAKAHDAILY 9/11/2020

- Advertisement -