Mengubah sikap perlukan mujahadah

- Advertisement -

ADA satu perkara yang sukar diubah, iaitu sikap. Perubahan sikap memerlukan mujahadah. Mujahadah datang dari motivasi kesedaran untuk berubah. Motivasi yang paling berkesan ialah datang dari apa yang kita sangat percaya atau yakin dalam hati. 

Hari ini malah dalam musim wabak ini pun kita masib boleh bertemu dengan orang yang selamba merokok di kedai makan malah kadang-kadang berdekatan dengan kanak-kanak. Di dalam rumah bila berhimpun sesama saudara mara, ada juga yang selamba merokok di celahan ramai. Langsung tak sensitif dengan kesihatan orang lain. Diri sendiri itu lagi lah…

Bila pergi ke tapak pasar malam atau pasar siang, pasti akan tetap bertemu dengan sampah yang dibuang merata. Sakit hati kita melihatnya. Bukan sakit kerana sampah itu, sebab akan ada Majlis Perbandaran atau syarikat yang akan uruskannya… Sakit kerana memikirkan sikap dan perangai orang kita yang langsung tak bertamadun membuang sampai sesuka hati.

- Advertisement -

Begitu juga tandas awam, atau tandas restoren kedai makan, malah tandas sesetengah masjid dan surau pun tidak terkecuali. Memanglah menjadi kewajipan pemilik premis atau penjaganya untuk pastikan kebersihannya sentiasa. Tetapi pengguna itu sendiri mestilah bertanggungjawab dan memiliki sensitiviti. Berak dan kencing saja pun. Takkan tak boleh bersihkan dan tinggalkan tandas dalam keadaan yang lebih baik? Bukankah satu kezaliman jika kita meninggalkan kotoran kita untuk dihadapkan kepada pengguna lain selepasnya? Takkan itu pun tak boleh fikir?

Peraturan boleh dibuat… SOP boleh ditetapkan… Undang-undang boleh dikuatkuasakan… Tetapi sikap manusia ini sukar untuk dibentuk… Di sinilah pentingnya peranan pendidikan awal dan berterusan ditekankan seiring penguatkuasaan dan undang-undang… Pendidikan membentuk keperibadian… 

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat (membersih jiwanya) dan orang-orang yang pembersih. Bersih zahir adalah jelmaan dari bersih hati nurani atau rohaninya. Motivasi membersih rohani ialah pendidikan iman.

USTAZ HAZMI DIBOK – HARAKAHDAILY 9/11/2020

- Advertisement -