PAS Kluang santuni kaum India menjelang Deepavali

- Advertisement -

KLUANG: Lajnah Kebajikan dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kluang telah mengadakan serahan sumbangan kepada masyarakat India dalam Parlimen ini, di sini semalam.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kluang, Khairul Anuar Ahmad Kamil berkata, sebanyak keluarga-keluarga ini menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka untuk persiapan sambutan perayaan Deepavali minggu hadapan.

“Sikap terbuka dan toleransi PAS dalam memberi sumbangan tidak tertumpu hanya pada kaum Melayu sahaja. Kaum India yang diziarahi dan diberi sumbangan harini adalah dari golongan yang daif, OKU dan warga emas,” ujar beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Majlis Daerah Kluang (MPK).

Ketua MIC Kluang yang juga Penyelaras DUN Mengkibol, Raman Govindan Nair menyifarkan PAS amat prihatin serta banyak tindakan parti ini mengubah perspektif masyarakat India terhadap PAS.

“Terima kasih kepada pihak PAS Kluang yang telah memberikan sumbangan ini. PAS tidak seperti yang kita dengar sebelum ini. PAS juga tidak mengenepikan masyarakat India dalam medan politik,” ujarnya.

Turut hadir Yang DiPertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Muslimat Kluang, Latifah Omar serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kluang, Saiful Azam Mohd Noah.

Juga bersama adalah Ketua PAS Cawangan Taman Desa, Abdul Halim Sahelan serta Jawatan Kuasa PAS Kawasan Kluang. – HARAKAHDAILY 9/11/2020

- Advertisement -