PAS Parit Besar dan DHPP Johor rai kaum India

- Advertisement -

SRI GADING: PAS Cawangan Parit Besar di bawah PAS Kawasan Sri Gading telah merai dan menyantuni penduduk berbangsa India di dalam Kampung Parit Besar, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ziarah rumah ke rumah dengan kerjasama Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Johor ini diketuai sendiri Yang DiPertua PAS Sri Gading, Mohd Ashari Sidon.

Bersama beliau ialah Setiausaha DHPP Johor, Selvendran Velu dan Ketua serta Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Besar, Sufyan Ahmad dan Mohd Aswat Mahmood.

Program ini bertujuan menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India bersempena sambutan Deepavali tidak lama lagi selain untuk mengeratkan hubungan kaum.

“Selama ini kami hanya mampu memberi sumbangan kepada orang Melayu sahaja, Alhamdulillah hari ini Allah beri peluang untuk membantu masyarakat India pula,” ulasan Ketua PAS Cawangan Parit Besar, Suhaimi Misman.

Ahli Jawatankuasa PAS Parit Besar yang turut serta dalam rombongan ziarah itu ialah Bendahari, Sheikh Ahmad Karim wakil Suhana Tukiman dan Nurhuda Menawar.

Juga bersama adalah Ketua DHPP Kawasan Bakri, Subrmaniam Kupusamy dan Ketua DHPP Kawasan Muar, Jayakumar Savarimuthu.

Naib Ketua DHPP Johor, Purusothaman Selladorai memberitahu, program seperti ini akan mampu memperkasakan PAS sebagai sebuah parti politik yang mengutamakan kebajikan tanpa mengira status bangsa dan agama.

Beliau berharap agar ianya dapat diteruskan lagi di masa depan. – HARAKAHDAILY 9/11/2020

- Advertisement -