Korek pasir atasi aliran Sungai Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pulau Pak Mat Janggut yang terbina hasil mendapan pasir di Sungai Kelantan akan dimusnah bagi melancarkan aliran air sungai.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, langkah tersebut merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir dan limpahan air sungai.

- Advertisement -

Katanya kerajaan negeri meluluskan konsesi bagi mengorek pasir dari Pasir Mas ke Kuala Besar kepada syarikat swasta.

“Sebahagian syarikat terbabit sudah memulakan kerja dan kita berharap mereka boleh mengeluarkan pasir atau mendapan di Sungai Kelantan.

“Yang seriusnya Pulau Pak Mat Janggut terletak berdekatan Kampung Banggol antara pulau yang terbentuk hasil mendapan pasir sehingga menjadi masalah aliran Sungai Kelantan,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Adanan Hassan [PAS-Kelaboran] pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, hari ini.

Mohd Amar juga berkata, bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kelantan, kerajaan negeri memberi kelulusan bagi membina dua empangan di Hulu Kelantan iaitu di Lebir dan Nenggiri. – HARAKAHDAILY 9/11/2020

- Advertisement -