Kelantan berusaha lahir belia bermaruah

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berusaha melahirkan belia bermaruah melalui pembentukan Generasi Sejahtera (Gentera).

Oleh itu bagi mencapai matlamat tersebut kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM6.15 juta dalam Belanjawan 2021.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, langkah tersebut membuktikan kerajaan negeri di bawah pentadbiran ulamak tidak meminggirkan golongan belia.

“Daripada jumlah peruntukan itu sebanyak RM4 juta untuk Majlis Sukan Negeri Kelantan.

“Manakala RM2 juta lagi untuk penubuhan Sekreteriat Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 bagi memastikan persiapan sebagai tuan rumah berjalan lancar,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri menunggu kelulusan peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membina kompleks sukan di Bukit Merbau dan infrastruktur lain yang berjumlah hampir RM600 juta. – HARAKAHDAILY 9/11/2020