Jangan jadikan Covid alasan tidak solat berjemaah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan untuk tidak hadir solat berjemaah di masjid atau surau.

Ku Mohd Zaki Ku Hussin [PAS-Dabong], berkata semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik di negeri Kelantan, masjid dan surau masih sepi berbanding biasa.

- Advertisement -

Sehubungan itu beliau mencadangkan jawatankuasa masjid atau berkaitan perlu membuat sesuatu bagi menghidupkan kembali masjid dan surau.

“Bagaimanapun SOP (Prosedur Operasi Standard) mesti dilaksanakan sebaiknya bagi mengelak penularan Covid-19,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong Belanjawan Kelantan 2021 hari ini.

Sementara itu Ahmad Fathan Mahmood [PAS-Chempaka] menyarankan Ketua-ketua jajahan termasuk timbalannya membacakan doa pada majlis tertentu yang dianjurkan.

Menurut Ahmad Fathan, dengan cara itu tidak lagi perlu menjemput pegawai agama jajahan untuk berbuat demikian sebagaimana lazimnya.

“Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V sebelum ini telah menunjukkan contoh bagaimana baginda pernah mengimamkan solat hajat dan membacakan doa pada satu majlis,” ujarnya.

Katanya, perkara itu wajar dilaksanakan di peringkat jajahan pula. – HARAKAHDAILY 8/11/2020

- Advertisement -