Kes Covid rendah, kekal patuh SOP – MB Kelantan

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

TUMPAT: Menteri Besar Kelantan Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub mengingatkan rakyat di negeri itu terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Katanya, walaupun kedudukan Kelantan paling rendah dalam kes jangkitan Covid-19 namun rakyat mesti berhati hati dalam perkara itu.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Parcelhub Cawangan Wakaf Bharu dekat sini, semalam.

Turut hadir dalam program perasmian Adun Wakaf Bharu, Rusli Abdullah.

Menurutnya, dengan adanya parcelhub itu diharap ianya memberi peluang pada orang ramai untuk berniaga secara online.

“Ketika pandemik Covid-19, rakyat Kelantan dapat mengambil peluang itu untuk menjana pendapatan melalui perniagaan online.

” Yang penting kita kena rajin dan sentiasa berusaha, “ujarnya.

Sementara itu Parcelhub di Wakaf Bharu merupakan cawangan yang keenam.

Pengurusnya, Nasrul Afiq Mohd Yatim, berkata parcelhub cawangan baru akan di buka di Kuala Krai, Kubang Kerian dan Jertih tidak lama lagi.

Kata Nasrul Afiq, parcelhub turut menyediakan perkhidmatan penghantaran pokok hidup dan ikan hidup. – HARAKAHDAILY 8/11/2020

- Advertisement -