SRITI cipta peluang kerjaya dalam pendidikan

- Advertisement -

TAMBUN: SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya terus mengorak langkah memperkukuh pengurusan dan kualiti persekolahan di mana menyediakan kemudahan secukupnya, selain mempunyai daya tarikan tersendiri dari suasana ceria yang dicetuskan para guru.

- Advertisement -

“Apa yang menariknya SRITI Al-Istiqamah sentiasa menambahbaik pengurusan dan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) termasuklah dalam pemilihan guru bagi mendapatkan yang terbaik.

“Guru-guru yang paling berkualiti dalam kalangan yang berkualiti agar selari dengan kualiti tinggi silibus SRITI merangkumi Akademik KSSR, Diniyyah dan Tahfiz Quran Sunnah.

“Kita pilih guru yang terbaik melalui tiga tapisan utama termasuk sesi ujian dan temuduga sebelum dibahas dan diputuskan secara syura yang dipengerusikan oleh saya,” ujar Penasihat, Ustaz Hafez Sabri.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak berkata, SRITI bukan sahaja menyediakan peluang pendidikan integrasi berteraskan Islam, malah turut cipta peluang kerjaya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah SRITI Al-Istiqamah, Ustaz Fariq Izwan Md Bahrin menyifatkan calon-calon yang melepasi tapisan pertama dan hadir ke sesi ujian dan temuduga kali ini sememangnya berkualiti dan memiliki kelebihan masing-masing.

Malah katanya lagi, ianya memberi kesukaran kepada ahli panel temuduga untuk memilih lima guru agama dan akademik dalam menentukan yang paling terbaik dalam kalangan mereka.

Beliau ketika ditemui turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai berbentuk barangan atau wang tunai bagi menampung dana pembangunan, operasi dan pengurusan khususnya persiapan tahun baharu.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Rakyat 1100330449 SRITI Al-Istiqamah Resources. – HARAKAHDAILY 7/11/2020

- Advertisement -