Masjid, sekolah dan tahfiz terima sumbangan YB Khalil

- Advertisement -

LARUT: Penyerahan sumbangan kepada 13 institusi pendidikan dan keagamaan disempurnakan oleh ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.

- Advertisement -

Institusi yang terlibat adalah empat masjid terdiri daripada Masjid As-Sufi Sungai Jernih, Masjid Taun Haji Yunus Sungai Segar, Masjid Kamaliah Ayer Hitam Jelai dan Masjid Al Ehsaniah Bagan Baharu.

Selain itu lapan sekolah dan maahad tahfiz juga menerima sumbangan, antaranya adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Redang Panjang.

Juga Sekolah Menengah Islam Darul Ta’lim dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Azzainudian dan SRAR At-Ta’awaniah, serta sebuah tadika Islam di Kampung Masjid iaitu Tadika Islam Perak.

Menurut Ustaz Khalil sumbangan ini bagi menampung perbelanjaan serta pengurusan institusi terbabit termasuk kos operasi, kos naik taraf dan pemulihan bangunan.

Wakil penerima daripada SRAR Azzainudin, Amir Hamzah berkata, sumbangan yang diterima pihaknya itu dapat menampung pelbagai urusan kewangan di sekolah termasuk baik pulih bangunan.

“Kita tahu bahawa masjid yang merupakan pusat keagamaan dan sekolah pula merupakan pusat pendidikan penting dalam masyarakat. Jadi dengan sumbangan yang diberikan ini saya yakin akan dapat membantu menaiktaraf nilai kehidupan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan replika cek bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Ijok, di sini pagi kelmarin. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -