Bekas NC terima Tokoh Maal Hijrah UniMAP

Tokoh Maal Hijrah UniMAP 1442H/2020M., Prof Dato' Dr Zul Azhar Zahid Jamal
- Advertisement -

ARAU: Mantan Naib Canselor (NC) kedua Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat UniMAP 1442H/2020M.

Majlis penyampaian tersebut disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad pada Majlis Sambutan Maal Hijrah UniMAP di Auditorium Bangunan Canselori dekat sini, hari ini.

Dr R Badlishah berkata, masyarakat bersatu atas kepelbagaian bukan sesuatu yang asing di negara kita.

- Advertisement -

“Di UniMAP kita juga mempunyai kepelbagaian masyarakat. Apabila negara harmoni, UniMAP harmoni juga dapat direalisasikan,” katanya pada program tersebut.

Hadir sama, Imam Besar Negeri Perlis, Al-Fadil Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar dan pegawai kanan UniMAP.

UniMAP juga memperkenalkan Anugerah Khas Al-Insan sebagai menghargai warga UniMAP bukan beragama Islam. Program tersebut merupakan kali keempat dianjurkan UniMAP. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -