Belanjawan 2021 : Pengeluaran akaun 1 KWSP hingga RM6000

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pencarum KWSP yang kehilangan pekerjaan boleh membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan.

Menurut beliau, pencarum yang terlibat boleh membuat pengeluaran selama 12 bulan dengan jumlah maksimum RM6000 dan mereka yang terlibat boleh mula memohon pada Januari tahun hadapan.

Advertisement

Tambah Zafrul lagi KWSP sebelum ini juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-lestari pada bulan April lepas.

Kemudahan i-lestari membenarkan pencarum membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6000 yang telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

“Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-lestari serta kemudahan pengeluaran akaun 1 ini jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12 ribu.

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion.” ujar Zafrul dalam pembentangan Bajet 2021 di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 6/11/2020