Provokasi agama amat tidak boleh diterima- MB Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sesungguhnya tindakan provokasi agama menghina Rasulullah SAW sama sekali tidak dapat diterima.

Timbalan Presiden BERSATU, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap perbuatan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad SAW.

- Advertisement -

“Saya tidak melihat ini sebagai masalah agama. Ini mengenai prinsip asas kemanusiaan tentang saling menghormati dan perbezaan di antara manusia.

“Inilah adalah asas semangat penyatuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan masyarakat selama lebih dari satu dekad.

“Masyarakat antarabangsa boleh belajar dari orang Malaysia mengenai menghargai dan mengamalkan sikap saling menghormati saudara-saudari dengan agama lain,” ujarnya pada program bantahan terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW disiarkan secara lintas langsung di Facebook yang diadakan pada Ahad, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua umat Islam dan juga rakan-rakan daripada agama lain di negara ini untuk bangkit dan bersama-sama membantah perbuatan yang mencetuskan provokasi agama.

Sementara itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Dakwah Islamiyah dan NGO Gerakan Pembela Ummah atas inisiatif menganjurkan kempen bantahan secara atas talian.

Selain Ahmad Faizal yang dijemput memberi pandangan, program tersebut turut disertai tokoh-tokoh pendakwah terkenal, wakil-wakil ketua pemuda parti, NGO-NGO Islam, Presiden PAS dan penampilan khas artis seperti Altimet dan UNIC, – HARAKAHDAILY 3/11/2020

- Advertisement -