Majoriti rakyat terima pimpinan Muhyiddin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Desakan pihak tertentu supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dianggap tidak berasas.

Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dato’ Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, semua gabungan dalam Muafakat Nasional (MN) terutama PAS dan Bersatu menyokong kepimpinannya.

- Advertisement -

Malah, tambahnya sejak mengambil alih jawatan itu Mac lalu Muhyiddin mempamerkan tanggungjawab yang baik dan berjaya mentadbir negara.

“Meminta beliau (Muhyiddin) melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut berpendapat penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri begitu tinggi.

“Rakyat di Malaysia lebih 30 juta, tetapi apa yang kita dengar dan lihat di media sosial termasuk media arus perdana cuma ada tiga dan empat orang yang menyebut supaya Perdana Menteri berhenti.

“Adakah patut kita mendengar suara mereka, berbanding melebihi 80 peratus penerimaan rakyat terhadap Muhyiddin,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di kawasan perumahan setinggan di Kampung Sri Cemerlang, di sini semalam.

Seramai 15 keluarga keluarga masih tinggal di kampung berkenaan. – HARAKAHDAILY 1/11/2020

- Advertisement -