Asrama kayu SMIDU semakin usang

- Advertisement -

POKOK SENA: Bangunan asrama Sekolah Menengah Islam Muasasah Darul Ulum (SMIDU) begitu daif dan tidak sesuai lagi digunakan.

Bangunan berkenaan yang dibuat daripada kayu dijadikan asrama lelaki sejak 20 tahun lalu.

Mudir sekolah terbabit Ustaz Abdullah Ramli berkata, struktur bangunan asrama semakin reput agak merbahaya sekiranya terus digunakan pelajar.

Katanya bangunan tersebut juga tidak mampu lagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat sekarang.

- Advertisement -

“Maka mengambil kira keperluan itu SMIDU merancang membina bangunan baru setinggi empat tingkat yang akan dijadikan asrama lelaki.

“Bangunan itu melibatkan kos kira-kira RM1.6 juta dijangka dapat menampung seramai 250 pelajar,” katanya di sini.

Menurutnya pembinaan bangunan itu akan dimulakan tahun depan dan dijangka siap pada Disember 2021.

Oleh itu sumbangan orang ramai diperlukan. Sumbangan boleh disalur melalui akaun Maybank – 552170053383 atas nama Sekolah Menengah Islam Darul Ulum.

Maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Zulkarnain di talian 013-4514678, Ustazah Mekiah Shamsudin 019-4041636 atau 011-56537807. – HARAKAHDAILY 30/10/2020

- Advertisement -