Kerajaan PN berupaya terajui kerajaan – peguam

- Advertisement -

KANGAR: Kenyataan Istana Negara semalam secara jelas menggambarkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan yang terbaik menangani wabak Covid-19.

Seorang peguam Wan Badariyah Wan Saad berkata, kerajaan yang ada sekarang
mempunyai keupayaan untuk terus kekal menerajui pentadbiran negara.

- Advertisement -

“Ahli-ahli politik diharap mengenepikan perbezaan dan perbalahan politik dan bersatu untuk memberi fokus kepada usaha menangani wabak Covid-19 serta pemulihan ekonomi negara,” katanya di sini.

Semalam Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan menyebut Yang di-Pertuan Agong mempercayai kerajaan di bawah Perdana Menteri terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung wabak Covid-19.

Wan Badariyah juga berkata, rakyat menghormati dan menyambut baik keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak mengisytiharkan darurat kesihatan sekarang.

Pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Nafri Abd Mihar berkata, semua pihak termasuk pembangkang perlu melihat kesan Pilihan Raya Negeri Sabah antara faktor wabak Covid semakin menular ke seluruh negara. – HARAKAHDAILY 26/10/2020

- Advertisement -