Pembangkang engkar nasihat Yang di-Pertuan Agong

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pemimpin pembangkang dianggap secara terang-terangan engkar terhadap nasihat Yang di-Pertuan Agong apabila terus mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Pesuruhjaya PAS Kedah Senator Ustaz Ahmad Yahaya berkata, sebaliknya mereka seperti tidak peka terhadap nasihat dan kehendak baginda.

- Advertisement -

“Nampak sungguh keengkaran mereka sehingga sanggup membelakangi nasihat baginda.

“Dalam tempoh yang singkat selepas kenyataan tuanku keluarkan, pemimpin pembangkang pula keluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri berundur,” katanya di sini hari ini.

Semalam Presiden PAN Mohamad Sabu dilapor meminta Muhyiddin meletak jawatan secara terhormat bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti membentuk kerajaan.

Ahmad juga berkata, sekarang bukan masanya untuk terus berpolitik ketika rakyat risau wabak Covid-19 semakin meningkat sekarang.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kedah Ustaz Mohd Azam Abdul Samat pula, semua pemimpin dan parti politik perlu akur terhadap nasihat Yang di-Pertuan Agong demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“Titah tuanku merupakan nasihat dan pandangan baginda dan Majlis Raja-Raja demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 26/10/2020

- Advertisement -